INFORMASI TERKINI


𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Islam Negeri Kedah membuka pelawaan Permohonan
Jawatan Kosong kepada Warganegara Malaysia untuk

Jawatan Berikut:
1) Juruaudit - W41
2) Pegawai Sistem Maklumat Dan Komunikasi (ICT) - F41
3) Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam - S29
4) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) - N19

Permohonan hendaklah diisi melalui portal rasmi ePerjawatan - http://yinkedah.gov.my/eperjawatan

Tarikh Diiklankan : 27 Februari 2024 (Selasa)
Tarikh Tutup Iklan : 11 Mac 2024 (Isnin) Jam 12.00 Tengah hari


PAUTAN

 Yayasan Negeri

Yayasan Islam Pulau Pinang Yayasan Kelantan Yayasan Melaka Yayasan Negeri Sembilan Yayasan Pahang
Yayasan Pelajaran Johor Yayasan Perak Yayasan Sabah Yayasan Sarawak Yayasan Selangor 
Yayasan Wilayah Persekutuan Yayasan Terengganu      

 

dr ahmad fakhruddin bin fakhrurrazi

PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam yang telah memberikan nikmat dan rahmat kepada kita, serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi penyatu ummat manusia sehingga akhir zaman.

Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya. Kini muncul pula tahun 2022, yang mana seperti biasa kita akan memperbaharui semangat dan azam supaya tahun baharu ini menjadi lebih bermakna dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi sama ada membuat perubahan pada diri sendiri mahupun organisasi.

Yayasan Islam Negeri Kedah akan terus memartabatkan taraf pendidikan anak watan agar legasi pembangunan modal insan dilaksanakan dengan konsisten dan istiqamah. Program-program pendidikan yang telah dirancang akan terus diperkasakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Usaha yang berterusan juga wajar digembleng dengan lebih padu dalam mencari idea bernas demi memacu penjanaan pendapatan Yayasan Islam Negeri Kedah menerusi segala aset yang dimiliki di samping projek-projek pembangunan yang sedang dirangka dengan penuh penelitian.

Keadaan ekonomi negara dan dunia yang dijangka lebih mencabar pada tahun 2022 menuntut kita sebagai warga kerja Yayasan Islam Negeri Kedah bersiap siaga untuk menghadapi pelbagai situasi dengan berusaha lebih gigih untuk meningkatkan hasil pendapatan di samping mengamalkan langkah-langkah penjimatan serta berbelanja dengan penuh berhemat.

Justeru, harapan saya semoga tahun 2022 ini menjadi batu loncatan untuk Yayasan Islam Negeri Kedah terus bergerak lebih maju dan berjaya. Saya bersama pasukan Pengurusan Yayasan Islam Negeri Kedah menyeru kepada semua warga kerja agar sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Semoga segala perancangan yang telah direncanakan dapat direalisasikan dengan jayanya dan dilindungi daripada sebarang keburukan. Allahumma Amin.

Sekian, Wassalam.

YBhg. Dr. Ahmad Fakhruddin Bin Fakhrurazi
Pengerusi
Yayasan Islam Negeri Kedah