Piagam Pelanggan

 

Kami warga Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) sentiasa berdedikasi dan amanah dalam melaksanakan perkhidmatan yang berintegriti, berkualiti dan berkesan untuk memudahkan sistem penyampaian kepada pengguna. Kami berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan seperti berikut :-

1. Menyediakan keselesaan, kemudahan dan memberi layanan mesra, sempurna dan sentiasa bersedia membantu kepada semua pengguna yang berurusan dengan YINK.
2. Membantu Kerajaan Negeri merancang dan melaksanakan program dan aktiviti yang boleh memajukan bidang pendidikan dan pembangunan ummah di Negeri Kedah Darul Aman.
3. Menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa dan pinjaman kepada Anak-Anak Negeri Kedah Darul Aman bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh YINK.
4. Mengeluarkan keputusan permohonan pinjaman dalam tempoh 4 bulan selepas tarikh tutup.
5. Membuat pinjaman dan biasiswa kepada pelajar yang lengkap dokumennya mengikut jadual yang telah ditetapkan :-
 
BIDANG PENGAJIAN / UNIVERSITI BULAN

Perubatan, Mesir
Yuran Pengajian
- Mansoura
- Lain-lain



Ogos
November

Elaun
- Sarahidup & Buku
- Sarahidup


November
Mac

Pengajian Islam, Mesir
*  Semester pertama
*  Semester kedua


Februari
September

Pengajian Islam, Jordan
*  Semester pertama
*  Semester kedua


September
Februari

Institut Al-Quran Darul Aman 07hb. setiap bulan
Lain-lain 30 hari selepas menerima keputusan peperiksaan
6. Memastikan maklumbalas kepada pertanyaan, surat menyurat dan aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari permohonan diterima.