MAKLUMAN
KEPUTUSAN PERMOHONAN MELANJUTKAN PELAJARAN PENGAJIAN ISLAM KE MESIR BAGI LEPASAN STAM
BOLEH SEMAK SINI

PEMOHON LEPASAN STAM YANG BERJAYA PERLU CETAK SENARAI SEMAK SERTA BORANG VISA KE MESIR DI BAWAH DAN HANTAR DOKUMEN KEPADA
YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH SEBELUM 25 FEBRUARI 2019

SILA DOWNLOAD SENARAI SEMAK DAN BORANG VISA KE MESIR
SENARAI SEMAK LEPASAN STAM PENGAJIAN ISLAM DI MESIR
SENARAI SEMAK VISA
BORANG VISA KE MESIR

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERMOHONAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE TIMUR TENGAH BAGI TAHUN 2019
(UNIVERSITI DI MESIR DAN JORDAN BAGI ANAK KEDAH)

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

PERMOHONAN ONLINE KLIK DI SINI
TARIKH BUKA : 22 JANUARI 2019
TARIKH TUTUP: 31 JANUARI 2019

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN DOKUMEN KE
YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH
25 FEBRUARI 2019

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

PERMOHONAN ONLINE KLIK DI SINI
TARIKH BUKA : 22 JANUARI 2019
TARIKH TUTUP : 8 APRIL 2019

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN DOKUMEN KE
YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH
2 MEI 2019


 

SEJARAH PENUBUHAN

Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) bermula dengan hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk mengadakan satu kumpulan wang (tabung) biasiswa Pelajaran Ugama pada tahun 1965. Oleh   kerana pada masa itu telah ada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah maka perjalanan tabung biasiswa untuk pelajaran Agama ditadbirkan di bawah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah sehinggalah pada 16 November 1975 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan cadangan penubuhan YINK.
Enakmen penubuhan YINK iaitu Enakmen Bil. 10 Tahun 1976 dibentang dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman dalam persidangannya pada 23 Mei 1976. Enakmen ini diwartakan pada 27 Julai 1976. YINK mulai dari tarikh ini beroperasi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Cawangan Perkhidmatan dilantik sebagai Setiausaha YINK menurut Perkara 10 (1) Enakment Bil. 10 Tahun 1976 sebagai sebahagian dari tugasnya. Tugas ini dibantu oleh seorang Penolong Setiausaha dan 2 orang pegawai kerani. Pada 16 Jun 1993, pentadbiran YINK dipisahkan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Mulai dari tarikh ini, seorang Pegawai Tadbir Negeri Tingkatan Kanan dilantik mengetuai pentadbiran YINK dengan gelaran jawatan Pengurus Besar. Mulai tarikh ini juga, kakitangan sokongan yang lain dilantik untuk memantapkan perjalanan pentadbiran YINK.

TUJUAN PENUBUHAN

  • Tujuan asal penubuhan YINK adalah seperti berikut:-
  • Untuk memperbaiki dan menambahkan lagi kemajuan-kemajuan pelajaran kepada penuntut yang beragama Islam;
  • Mengada dan menambahkan lagi kepada penuntut berugama Islam segala kemudahan pelajaran di dalam dan luar negeri Kedah;
  • Bagi menggalak dan menimbulkan perasaan ke Islaman;
  • Memberi bantuan kepada pertubuhan-pertubuhan khairat;
  • Menubuhkan sebuah kumpulan wang;
  • Memberi dan atau menguruskan pembayaran oleh lain-lain badan, biasiswa, plnJaman untuk pelajaran rendah, menengah dan tinggi;
  • Hendak memberi dan atau mengatur supaya badan-badan lain memberi biasiswa, pinjaman atau bantuan-bantuan lain dalam bentuk kewangan atau pelajaran kepad penuntut Islam di negeri ini;
 gambar bgn yink