LATAR BELAKANG

UI/UX Design
IOS/MacOS Apps

YIKED Tranzglobal Sdn Bhd

YIKED Tranzglobal Sdn Bhd (YTSB) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 2007 sebagai salah sebuah anak syarikat di bawah YIKED Kuari Sdn Bhd, namun kekal dorman sejak itu. Setelah penstrukturan semula YIKED Holdings Sdn Bhd (YHSB) dan anak-anak syarikat yang telah dibuat pada 2021, YTSB diaktifkan semula dengan pengkhususan perniagaan yang berikut:

i. Pembersihan dan Penyelenggaraan Bangunan
ii. Projek Pembinaan di bawah CIDB

YTSB telah berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) sebagai kontraktor gred G2 dan kini giat dalam menjalankan projek-projek pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan di bawah kelas tersebut.

Di samping itu, bermula pada tahun 2024, YTSB telah dipilih sebagai syarikat untuk menguruskan penyelenggaraan bangunan-bangunan di bawah Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) yang merangkumi bangunan YINK sendiri, Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, Institut Al-Quran Darul Aman dan kedai-kedai sewa milik YINK dan anak-anak Syarikat.