PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmat-Nya, terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelayar Portal Rasmi YINK dan tahniah serta syabas kepada pentadbir portal yang tidak jemu berusaha memastikan portal rasmi ini sentiasa terkini. Menyedari hakikat itu, portal rasmi ini disediakan sebagai platform untuk memenuhi keperluan orang ramai membuat rujukan berkenaan pelbagai perkhidmatan bantuan yang ditawarkan.
"Hasrat saya kepada semua pelayar portal ini agar setiap maklumat yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya dan memenuhi fungsinya sebagai sumber rujukan dan ilmu yang berguna."
Akhir kata, sebagai sebuah agensi yang sentiasa menitikberatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan, saya amat mengalu-alukan cadangan mahu pun pandangan ikhlas yang konstruktif daripada pelayar portal sekalian. Cadangan dan pandangan tersebut boleh disalurkan menerusi e-mel info@yink.gov.my. InshaAllah ia akan diteliti dan dipertimbangkan pelaksanaannya mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Terima kasih, dan selamat melayari Portal Rasmi YINK.
YAB DATO' SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR,
SPMK., AMK.
Pengerusi
Yayasan Islam Negeri Kedah